This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sabtu, 19 Januari 2013

Mengembara Mencari Tuhan Akhirnya Bertemu



SUATU hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mulai mencarinya. Jiwanya mulai mengembara.

Sebagai seorang Punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tato diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar kekayaan, uang dan harta... Bukan sebagai arti dan tujuan kehidupan yang difahami pada umumnya di barat.

Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih ini memilih musik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahami berlaku disekelilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.
Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa mencari-cari jawaban kepada semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia lain. Jiwanya terus mengembara, walaupun beliau dibesarkan dalam komuniti Kristian.
Beliau mulai mencari jawaban dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mulai mempersoalkan jawaban yang diberikan itu. 

Baginya, itu adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa ke atas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain. Beliau mula mencoba mencari jawaban di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahwa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan.

Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya "Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?'.

Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..".

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?".

Ternyata jawaban yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawaban yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa. Seterusnya, beliau mula mencari arti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut?

Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi saja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeda-beda. Pencariannya diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu, kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

Suatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan Arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam.

Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya. Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahwa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali logik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan memeberikan kuasa dengan tuhan yang lain.

Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu. Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki atas setiap yang lain.

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini. Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telepon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam.

Beliau menjumpai nomor Masjid Besar London dan terus menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau sampai di situ, para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin ucap dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya.
Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setia usaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu. Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.





Powered By Blogger