Senin, 20 Februari 2012

JANGAN MENCELA MAKANANMU !!!

Bismillah, Walhamdulillah Waasalatu Wassalamu 'Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washbihie Waman Walah
(Dengan Nama Allah, Segala puji bagi Allah, Shalawat dan Salam ke atas Rasulillah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, Keluarga, Sahabat, dan para pengikutnya)


Islam menganjurkan umatnya menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan melarang MENCELANYA. Antara nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap makhlukNya ialah MAKANAN. MAKANAN itu suatu nikmat yang sangat penting bagi manusia, kerana manusia perlukan MAKANAN untuk hidup. MAKANAN itu pula adakalanya disukai, sedap dan menyelerakan dan adakalanya pula sebaliknya. Apabila dihidangkan dengan MAKANAN yang tidak disukai, tidak sedap dan tidak menyelerakan, adakalanya seseorang itu tidak dapat menahan diri daripada MENCELA MAKANAN tersebut. Apakah hukum MENCELA MAKANAN ini? Larangan MENCELA MAKANAN
Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahawa seharusnya seorang muslim itu redha dengan rezeki dan MAKANAN yang ada. Apabila sesuatu MAKANAN yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka JANGANLAH MAKANAN itu DICELA, cukuplah sekadar diam ataupun tidak MEMAKANNYA.
Dalam hal ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam merupakan contoh terbaik yang patut diteladani. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam tidak sekali-kali MENCELA MAKANAN. Jika Baginda menyukainya Baginda MEMAKANNYA, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak MEMAKANNYA)” (Hadis riwayat al-Bukhari). Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, maksudnya: "Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam MENCELA MAKANAN. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda MEMAKANNYA dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam” (Hadis riwayat Muslim). Berdasarkan hadis di atas, para ulamak mengambil kesimpulan bahawa MAKRUH MENCELA MAKANAN yang HALAL DIMAKAN. Adapun MAKANAN yang HARAM pula maka bolehlah DICELA dan melarang orang lain MEMAKANNYA. Imam an-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa antara adab MAKAN yang penting untuk dijaga ialah TIDAK MENCELA sesuatu MAKANAN yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa; umpamanya mengatakannya masin, masam, kurang garam, cair, tidak cukup masak dan sebagainya. Sebahagian ulamak MENGHARUSKAN MENCELA MAKANAN jika ianya bertujuan untuk mengkritik cara masakannya, bukannya bertujuan untuk MENCELA MAKANAN tersebut. Bag aiman apun, menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalaani Rahimahullah, larangan MENCELA MAKANAN tersebut adalah umum kerana MENCELA masakan seseorang boleh melukakan hati orang yang memasaknya. Akan tetapi jika ianya bertujuan untuk kebaikan masa hadapan, iaitu supaya masakan tersebut dapat diperbaiki maka tidaklah menjadi kesalahan menurut sebahagian ulamak. Jika dihidangkan sesuatu MAKANAN sedangkan MAKANAN tersebut tidak disukai ataupun tidak pandai MEMAKANNYA, maka diperbolehkan menolak dengan mengatakan: "Saya tidak menyukai MAKANAN ini” atau "Saya tidak biasa atau tidak pandai MEMAKANNYA” atau dengan apa jua ungkapan yang seumpamanya.
Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah dihidangkan dengan daging dhab bakar lalu Baginda tidak mahu MEMAKANNYA. Khalid bin al-Walid Radhiallahu ‘anhu lalu bertanya kepada Baginda, maksudnya: "Adakah dhab itu HARAM wahai Rasulullah!?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallampun menjawab, maksudnya: "Tidak, akan tetapi binatang itu tidak ada di bumi (lingkungan) kaumku, sehingga aku tidak menyukainya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah riwayat yang lain pula diceritakan bahawa Baginda menjawab, maksudnya: "MAKANLAH kamu, sesungguhnya ianya adalah HALAL. Akan tetapi ianya bukanlah daripada MAKANANKU (yang biasa aku MAKAN)” (Hadis riwayat Muslim). Memuji MAKANAN Yang Telah DIMAKAN Disebalik larangan daripada MENCELA MAKANAN, Islam menganjurkan pula memuji MAKANAN yang telah DIMAKAN. Bukan sahaja dianjurkan memuji MAKANAN, bahkan Islam turut menganjurkan untuk menyebut-nyebut apa sahaja nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai tanda syukur. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:  
Tafsirnya: "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya” (Surah adh-Dhuha:11). Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan dalam kitab al-Azkar bahawa memuji MAKANAN yang telah DIMAKAN adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam dan merupakan suatu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Ini sebag aiman a hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah meminta lauk daripada keluarganya, lalu mereka menjawab: "Kami tidak mempunyai apa-apa selain cuka". Maka Baginda pun memintanya dan MEMAKAN (MAKANANNYA) dengannya (cuka), lalu Baginda pun bersabda: "Sebaik-baik lauk ialah cuka, sebaik-baik lauk ialah cuka” (Hadis riwayat Muslim). MAKANAN adalah nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang patut dihargai dan disyukuri dan JANGAN sekali-kali ianya DICELA. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam merupakan manusia contoh dan ikutan terbaik yang patut diteladani. Apabila MAKANAN yang dihidangkan kepada Baginda itu disukainya, Baginda akan MEMAKANNYA dan malah akan memuji MAKANAN tersebut walaupun yang dihidangkan itu hanyalah cuka. Manakala jika MAKANAN itu tidak disukainya ataupun Baginda tidak pandai MEMAKANNYA, Baginda akan diam dan meninggalkannya ataupun menolaknya dengan penuh kesopanan. RENUNGAN: PERIHAL MAKANANMU !!! MAKANAN itulah nikmat Allah terhadap kita MAKANAN itulah yang menjadi DARAH kita MAKANAN itulah yang menjadi DAGING kita MAKANAN itulah yang menjadi TUBUH BADAN kita MAKANAN itulah yang menjadi sumber hidupnya kita.. MAKANAN adakalanya disukai, sedap dan menyelerakan MAKANAN adakalanya tidak disukai, tidak sedap dan tidak menyelerakan MENCELA MAKANAN yang HALAL DIMAKAN adalah MAKRUH MENCELA MAKANAN yang HARAM dan melarang orang lain MEMAKANNYA pula dibolehkan Tapi MEMUJI MAKANAN yang telah DIMAKAN merupakan suatu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.. Adapun MEMUJI MAKANAN, tanda pujian atas kejadian TUBUH BADAN sendiri MENCELA MAKANAN, tanda mencela (tidak bersyukur) kejadian TUBUH BADAN sendiri Berapa ramai yang selalu MEMUJI MAKANANNYA ???? Berapa ramai pula yang selalu MENCELA MAKANANNYA ???? Yang pasti, tiada siapa sanggup MENCELA TUBUH BADANNYA SENDIRI !!!

0 komentar:

Posting Komentar

Powered By Blogger