ADIL menurut pengertian umum bererti tidak berat sebelah. Dengan kata lain, adil memperlakukan atau menimbang sesuatu dengan cara serupa. Ia menyangkal soal sikap hidup atau perilaku serta mempunyai hubungan erat dengan soal kejiwaan.
Dilihat dari sudut pembahagian kerangka pokok ajaran Islam, adil termasuk dalam ruang lingkup akhlak. Syed Qutub merumuskan pengertian adil sebagai sikap mutlak, tidak menunjukkan kecondongan cinta atau marah, tidak mengubah ketentuan oleh kerana kasih sayang atau benci.
Adil itu tidak mempengaruhi pandangan kerana pertimbangan kekeluargaan, tidak menaruh kebencian antara kaum. Dan tidak membezakan manusia kerana bangsanya, keturunannya, hartanya, pangkatnya dan lain-lain. Antara satu dengan yang lain diperlakukan secara sama.” (Al-’Adalatul Ijtima’iyyah fil Islam)
Islam sudah memperjuangkan keadilan, memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mengajak supaya selalu menjaga keadilan itu. Sementara kezaliman pula harus dikikis habis-habisan dan wajib dilemparkan jauh-jauh.
Perintah berkenaan kezaliman ditegaskan dalam al-Quran. Allah berfirman bermaksud: “Janganlah kamu berbuat zalim dan jangan pula dizalimi.” (Surah al-Baqarah, ayat 270)
Ahli falsafah dan sasterawan, Abul A’la al-Maududi membahagikan kezaliman kepada tiga kategori yiaitu:
1- Zalim terhadap Allah SWT, rumpun semua kezaliman. Zalim terhadap Tuhan berarti tidak mentaati-Nya dan mengerjakan perkara dilarang-Nya,
2- Zalim terhadap makhluk atau terhadap orang lain seperti menyakiti, merampas dan memperkosa haknya,
3- Zalim terhadap diri sendiri. Setiap orang mempunyai hak peribadi yang harus dipeliharanya dan kewajipan mesti dipenuhi. Tidak melaksanakan hak peribadi berarti merusakkan diri sendiri.
Allah menggunakan nama `Al-Adlu’ untuk Zat-Nya sendiri. Memang jelas sekali bahwa tujuan utama Allah menurunkan kitab suci-Nya, memerintahkan segenap manusia menjalankan syariat-Nya, semata-mata untuk melaksanakan hak dan konsep keadilan.
Hak wajib dipenuhi dan keadilan wajib dibela. Allah berfirman bermaksud:

“Demi sesungguhnya, Kami telah mengutus Rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.” (Surah al-Hadid, ayat 25)
Dalam ayat lain Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik.” (Surah An-Nabl, ayat 90)
Konsep keadilan Islam tidak berbentuk diskriminasi, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk manusia sejagat. Keadilan bukan hanya dalam sosial dan politik, tetapi juga dalam ekonomi yang memakai ukuran berbeza dalam konsepnya. Mungkin sesuatu ukuran itu adil bagi kapitalisme dan zalim bagi pandangan sosialisme dan begitu juga sebaliknya.
Keadilan adalah nilai utama akhlak Muslim. Bersikap adil kepada siapa saja tidak mengira tempat dan masa. Apabila adil menjadi pakaian akhlak, maka orang yang berakhlak akan menjadi orang yang bertakwa.
Menegakkan keadilan adalah satu tugas Rasulullah SAW yang perlu dicontoh nya seperti firman Allah bermaksud:
“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan benar), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang di perintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka: sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil antara kamu. Allah jugalah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kamu amal kami dan bagi kamu amal kamu.” (Surah asy-Syuara, ayat 15)
Ada pelbagai jurusan mengenai keadilan ini yang boleh dikategorikan seperti berikut:
1- Keadilan melaksanakan hukum.
2- Keadilan memutuskan perkara.
3- Kewajipan berlaku adil antara isteri.
4- Berlaku adil dengan anak.
5- Berlaku adil dalam ucapan, penyaksian dalam catatan
6- Keadilan antara golongan bertengkar.
7- Berlaku adil dengan musuh.
Pentadbiran sistem pengadilan dalam Islam diasaskan kepada beberapa prinsip yang unggul. Ia adalah tugas kolektif mukmin untuk melaksanakannya sebagai satu ummah. Melaksanakan pengadilan dan tugas pemerintahan adalah dua perkara tidak dapat dipisahkan dalam syarat Islam.
Oleh sebab pengadilan dalam Islam ialah menyampaikan hukum syarak, ini bermaksud kesalahan yang menyangkut segala lapisan dan bidang kehidupan manusia. Sistem pengadilan Islam merangkumi urusan munakahat, muamalah dan jenayah.
Urusan munakahat meliputi perkara seperti nikah, hadanah (penjagaan anak), nafkah, perkahwinan wasiat, faraid, wakaf, nazar dan hibah. Bagi urusan muamalah pula terdiri daripada jual beli, perwakilan, perkongsian, hutang piutang, gadai, sewa menyewa dan penggunaan tanah.
Pengadilan kes jenayah membabitkan penetapan hukuman mati mandatori bagi kesalahan hudud, takzir dan qisas, hukuman sebat bagi sebahagian kesalahan hudud dan takzir. Hukuman penjara pula adalah bagi kesalahan yang tidak memenuhi prasyarat bukti.
Kadi atau hakim disyaratkan mempunyai pengetahuan luas mengenai hukum Islam, kuat imannya dan seorang yang taat kepada Tuhan. Antara syarat kelayakan seseorang kadi ialah kemampuannya melakukan ijtihad. Seorang hakim harus bersifat adil dalam menghuraikan perselisihan serta mengembalikan semua hak kepada yang empunya hak.
Allah berfirman bermaksud: “Hai orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk berlaku tiada adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Maidah, ayat 8)
Menegakkan keadilan menurut ajaran Islam tidaklah hanya terbatas terhadap kaum Muslimin saja, tetapi terhadap seluruh umat manusia walaupun berlainan agama, bangsa dan warna kulit, malah terhadap musuh sekalipun harus diperlakukan dengan cara adil, harus dihormati haknya serta tidak boleh diseksa atau dianiaya.
Islam mengajarkan tidak boleh membalas dendam. Keadilan itu tidaklah boleh dipengaruhi oleh kebencian, sentimen kerana lawan ataupun musuh. Dalam rentetan sejarah silam, banyak sekali contoh mengenai keadilan terhadap musuh Islam.
Kesimpulannya sama-samalah berusaha untuk menegakkan keadilan dalam setiap jurusan kehidupan kita supaya dikasihi Allah.

Amiin......... Semoga negeri ini bisa menambah keadilan dengan di mulai diri kita, karena untuk mengadili orang yang lemah masih kurang adil karena di negeri ini sekarang amat langka keadilan.
BalasHapussalam kenal dan ukhuwah juga buat anak2 FH UII. semoga tambah sukses selalu...!