Senin, 19 Maret 2012

ROKOK TIDAK HARAM ?

 


















Satu penemuan baru oleh Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney Australia yang mendapati rokok mengandungi bahan dari darah khinzir atau babi sepatutnya membuka mata hati umat Islam yang berpendapat dan mengatakan ROKOK TIDAK HARAM.

Profesor Chapman telah merujuk kepada penemuan Pengkaji dari Belanda yang telah mengenal pasti sejumlah 185 bahan yang menggunakan "haemoglobin" atau darah merah.Termasuk darah khinzir atau babi yang di gunakan pada penapis "filter" rokok. Darah khinzir/babi di gunakan untuk menjadikan penapis rokok lebih berkesan menghalang bahan kimia yang masuk ke dalam paru paru orang perokok.

Penemuan Prof Chapman ini telah membongkarkan bahwa selama ini syarikat Pengeluar rokok sedunia tidak pernah mengistiharkan adanya kandungan bahan ini dalam rokok keluaran mereka.Nampaknya perkara ini dirahasiakan selama ini. Sukar untuk di percayai bahwa syarikat pengeluar rokok tidak perlu mengistiharkan kandungan bahan yang ada dalam rokok kerana menurut mereka bahan bahan dalam rokok ada 'resipi rahsia bisnis".Ini sangat mengejutkan kita.

Jika anda seorang perokok , bayangkan sudah berapa banyak bahan HARAM termasuk darah khinzir saperti ini sudah meresap kedalam darah daging anda dan keturunan anda?

"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."  (AlBaqarah :155)

Thanks.

0 komentar:

Posting Komentar

Powered By Blogger