Firman Allah dalam surah Al Imran :104 (maksudnya): “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”.
Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung... (HR Imam al-Tirmidzi)
Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)
Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir,
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang mendirikan solat”.
Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)
Sesesungguhnya solat itu tiang agama dan asas Islam yang terpenting sesudah kalimah syahadat. Solat dalam islam adalah umpama kepala kepada badan. Dan barang siapa yang mengatakan “Solat itu tidak wajib baginya”, maka gugurlah syahadahnya..dan keluarlah dari Islam sehingga ia bertaubat kepada Allah dengan menyesali dan tidak mengulangi perbuatannya.
Nabi s.a.w bersabda ” Keutamaan seorang alim(berilmu) atas seorang ahli ibadah(tanpa ilmu) bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada ornag lain” (HR.Tarmidzi)
Ramai dikalangan kita yang mengerjakan Solat tanpa ilmu. Bagi mereka cukuplah sekadar sembahyang 5 waktu sebagaimana orang kebanyakan bersembahyang. Sesungguhnya pada solat itu ada rukun-rukun fardu yang wajid diketahui dengan ilmu bagi memelihara sahnya solat.
Rukun-Rukun solat ada 13 seperti berikut:-
1. Berniat dalam hati dengan menyatakan “nama solat” spt “ Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, Subuh” bersama dengan takbiratul ihram
2. Takbiratul ihram – melafazkan “ Allahu Akbar” dengan lidah (tidak sah sekiranya dalam hati saja). Sekurang-kurangnya lafaz didengar di telinganya sendiri. (Rukun qauliyah – dilafazkan)
3. Berdiri dalam solat fardu bagi yang mampu – yang sakit “rujuk kaedah solat orang-orang yang sakit”.
4. Membaca surah Al-Fatihah – termasuk Rukun Qauliyah yang wajib dilafazkan dengan lidah
5. Ruku’dengan tuma’nina (tetap seketika) – sekurang-kurangnya membongkok sehingga kedua tapak bahagian dalam tangannya mencapai kedua lututnya
6. I’tidal dengan tuma’nina (berdiri tegak seketika)- sekiranya tidak sempat berdiri tegak (masih bongkok) lalu terus sujud, maka belum sempurna I’tidal dan batallah solatnya.
7. Sujud sebanyak dua kali dengan tuma’nina – syarat sujud adalah (bagi yang mampu)- meletakkan sebahgian kulit keningnya, kedua lututnya, kedua tapak tangannya dan sebahgian jari jemari kaki bahagian dalam di atas tempat solat.
8. Duduk antara dua sujud (dengan tuma’nina)
9. Tasyahud(tahayat) akhir – termasuk Rukun Qauliyah yang wajid dillafaz.
10. Duduk tatkala mmembaca tasyahud Akhir
11. Membaca shalawat kepada Nabi Muhamad SAW(Rukun Qauliah-wajib lafaz) setelah tasyahud akhir dalam keadaan duduk – sekurangnya ucapan “Allahumma Sali ala Muhamad , Wa ala ali Muhamad”
12. Mengucapkan Salam – sekurangnya mengucap “Assalamualaikum” sebelum memaling muka ke kanan
13. Tertib – berurutan sesuai ketentuannya. Maka barang siapa sengaja meninggalkan tertib seperti sujud sebelum ruku’, maka batallah solatnya.
Wassalam
Minggu, 19 Februari 2012
Kefarduan dan Rukun-Rukun Solat
23.48
No comments
formation
0 komentar:
Posting Komentar