This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senin, 19 Maret 2012

Mata Adalah Jendela Dunia Rawatlah Dengan Baik

Mata Manusia Apabila di Zoom









 












SubhanAllah... Sungguh menakjubkan ciptaan Allah s.w.t. ini, memang tak boleh di fikirkan dengan logika akal kita manusia. So kita sepatutnya bersyukur kerana ada mata yang sehat dan berfungsi sepenuhnya... Mata adalah satu anugerah tuhan yang sungguh sangat berharga....
 
Menjaga pandangan mata dari memandang hal-hal yang diharamkan oleh Allah merupakan akhlak yang mulia, bahkan Rasulullah menjamin masuk surga bagi orang-orang yang salah satu dari sifat-sifat mereka dalah menjaga pandangan.


 Abu Umamah berkata,”Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


“Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian surga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.”[2]

Dari Jarir bin Abdillah radliyallahu ‘anhu , ia berkata,


“Saya bertanya  kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau memerintahan aku untuk memalingkan pandanganku”[7]
Dari Buraidah, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Ali radliyallahu ‘anhu,


“Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)”[8]


Sedikit info tentang mata.


Bola Mata adalah organ yang paling unik dan kompleks yang anda miliki sesudah Otak Anda.
Mata terdiri dari 12 juta bagian perangkat kerja.
Mata mampu memproses 36.000 byte informasi setiap jam.
Pada kondisi normal, mata bisa membedakan cahaya lilin pada jarak 14 mil
Mata mempunyai andil sebanyak 85 % dari total kepintaran kita.
Mata kecil kita mempunyai akses 65 % ke otak dibanding organ lainnya.
Mata dapat dengan cepat merangsang ratusan gerakan otot halus dan organ dalam sekujur tubuh kita ketika kita melihat sesuatu
Dalam keadaan normal, mata anda mampu memanjakan anda dengan hampir 24 juta gambar warna-warni di sekeliling anda. 
Otot-otot luar yang menggerakan bola mata merupakan otot terkuat bagi pekerjaan yang meraka lakukan. Otot itu bahkan bisa menjadi 100 kali lebih kuat jika diperlukan .
Uniknya Bola Mata orang dewasa berdiameter 1 inci. Dari total luas bola mata, hanya seperenam saja yang kelihatan dari depan.
Mata merupakan organ  yang mampu bekerja 100 % setiap hari jika anda menghendaki, siang dan malam tanpa istirahat. Kelopak mata anda butuh istirahat, otot-otot luar mata anda butuh istirahat, pelumas mata butuh isi ulang, tapi bola mata anda tidak butuh istirahat . Tapi tolong..... istirahatkan mata anda.
Mata adalah Jendela Dunia.... Rawatlah dia dengan baik. 
 
Thank You.

Jumat, 09 Maret 2012

Dia Masuk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir'aun

Pada pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris . Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bag aiman a jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Kisah Firaun dalam al-Quran Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bag aiman a perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bag aiman a al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Rabu, 07 Maret 2012

TANDA - TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS


Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut: 

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu. 

2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.

12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal.

13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama.

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk.

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami..

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

حج عبد الحليم Al- Faqir Hj Abdul Halim 
http://hahacem.blogspot.com/

Kamis, 01 Maret 2012

Daftar Isi

Egg White


Treating Burns.

One hopes never to be needing it, but just in case:... 

A simple but effective  way to treat burns with the help of egg white.

This method is used in the training of firemen.

When sustaining a burn, regardless the degree, the first aid is always placing the injured part under running cold water till the heat subsides.

And next spread the egg white over the injury.

Someone burned a large part of her hand with boiling water. Despite the pain she held her hand under running water, then took two eggs, parted the yolk from the egg white and slightly beat the egg white and put her hand in it. Her hand was so badly burned that the egg white dried and formed a white film.

Later she heard that the egg is anatural collagen.

And during the next hour layer upon layer, she administered a white layer on her hand.


That afternoon she didn't feel any more pain and the next day there hardly was a red mark to see. She thought she would have an awful scar but to her astonishment after ten days there was no sign of the burn, the skin had it's normal colour again!

The burned area had been totally regenerated thanks to the collagen, in reality a placenta full of vitamins.

This advice can be useful for everyone. Circulate it!

Powered By Blogger